Filem Tee Yod cipta sejarah - Utusan Malaysia

Filem Tee Yod cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Filem seram, Tee Yod merekodkan jualan memberangsangkan, sekitar 100 juta Bath (RM132,14093) sejak mula ditayangkan di Thailand pada 26 Oktober lepas.

Filem dibintangi pelakon kacak Nadech Kugimiya itu turut mencipta sejarah apabila menjadi filem Thailand dengan kutipan tertinggi iaitu sebanyak 39 juta bath (RM51,53496) pada hari pertama ditayangkan.

Tee Yod mengisahkan misteri kematian seorang remaja di sebuah kampung dekat daerah Kanchanaburi, di sini.

Berlaku sekitar 1972, filem yang diarahkan Taweewat Wantha itu diinspirasikan daripada kisah masyarakat yang dikongsikan menerusi laman web Pantip.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN