SHAH ALAM: Pasangan duo, Adira dan Emma Suhaimi memukau menerusi persembahan lagu Hey, Big Spender yang dibawakan mereka pada Konsert Famili Duo 3 minggu ke-6 malam ini.
Juri tetap, Mas Idayu menyifatkan pasangan adik beradik itu telah memberikan persembahan terbaik sekaligus melayakkan mereka menerima markah 10 dari kedua juri.
“Mummy suka, terpukau dengan vokal anda berdua. Kami dah tak pandang props. Persembahan anda bagus, tak kurang, tak lebih,” katanya.
Juri, Ajai dalam pada itu berpandangan pasangan adik beradik itu antara yang terbaik malam tadu.
“Persembahan yang bijak. Suara dan pergerakan anda berdua seiring.
“Kami dah tak pandang penari, tumpu anda berdua sahaja.
“Persembahan ini berani, dengan konsep urban. Ia menjadi,” katanya.
Adira dan Emma bagaimanapun kurang berjaya menambat hati audiens apabila sekadar menerima markah undian penonton sebanyak 43 peratus.