‘Enam tahun kami menanti, tiang rumah pun belum berdiri’ - Utusan Malaysia

‘Enam tahun kami menanti, tiang rumah pun belum berdiri’

KERJA-KERJA pembinaan projek perumahan rakyat di Felcra Sungai Sepuluh, Paloh, Kluang dilihat masih belum dilaksanakan biarpun telah dilancarkan pada Mac 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: “Jangan kata rumah, tiang pun belum ada.”

Itu antara keluhan pembeli apabila ditanya mengenai projek rumah rakyat yang dirancang pembinaannya berhampiran Ladang Kelapa Sawit Felcra Sungai Sepuluh di Paloh kira-kira enam tahun lalu.

Malah majlis pecah tanah yang dilakukan pada Mac 2018 itu sudah memasuki peranca­ngan semula pembangunannya pada 12 Oktober 2021 dan dijang­ka siap pada 11 Oktober 2024 ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rosnah menzahirkan rasa kesal kerana selepas terpilih sebagai pembeli, impian memiliki kediaman itu seperti ‘bermimpi di siang hari’.

Dia sekeluarga gembira apabila mendapati pembangunan perumahan yang terbengkalai selepas pelancaran pada 2018 itu dirancang pembinaan semula pada 2021 namun selepas dua tahun berlalu, masih tiada apa-apa dilakukan pihak pemaju.

“Hanya kira-kira setahun sahaja lagi tarikh tamat pembinaan itu, mana mungkin boleh disiapkan dan selepas itu nanti tidak diketahui nasibnya sama ada diteruskan atau tidak.

“Inilah akibatnya apabila politik mengatasi kepenti­ngan rakyat yang pada akhirnya pembeli terus kempunan untuk memperolehnya walaupun sudah hampir masuk dalam genggaman,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Rosnah, turut kecewa adalah kira-kira 120 golo­ngan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan terpilih untuk membeli rumah di kawasan tersebut.

Sementara itu seorang lagi pembeli, Hanafiah Muhamad, 58, turut kecewa dan seperti dipermainkan selepas beratur berjam-jam di Pejabat Tanah Daerah (PTD) Kluang pada 2017 semata-mata untuk mendapatkan borang bagi memiliki rumah yang dikhususkan kepada golongan kurang berkemam­puan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN