Isteri Trump buat kemunculan dalam dokumentari terbitan Amazon - Utusan Malaysia

Isteri Trump buat kemunculan dalam dokumentari terbitan Amazon

DONALD Trump bersama isterinya, Melania. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Isteri Presiden Amerika Syarikat (AS), Melania Trump kembali menjadi tumpuan selepas treler pertama dokumentari terbitan Amazon mengenai dirinya dilancarkan pada Rabu.

Dokumentari bertajuk Melania itu akan ditayangkan pada 30 Januari dan memaparkan kemunculan jarang Melania di ruang awam, termasuk ketika menghadiri upacara angkat sumpah penggal kedua Presiden Donald Trump.

Dalam treler tersebut, Melania merumuskan kebangkitan semula politik suaminya dengan empat perkataan ringkas: “Here we go again.”

Amazon MGM memaklumkan dokumentari itu menawarkan akses eksklusif kepada kehidupan Melania sepanjang 20 hari menjelang Hari Pelantikan, termasuk perancangan peralihan kuasa, mesyuarat tertutup dan detik peribadi di sebalik tabir.

Menurut laporan media, Amazon memperoleh hak pelesenan dokumentari itu dengan nilai kira-kira AS$40 juta, dengan Melania bertindak sebagai penerbit eksekutif dan dilaporkan menerima sebahagian besar daripada bayaran tersebut.

Rakaman memaparkan Melania bergerak di Rumah Putih dan kediaman keluarga di Florida, selain terlibat secara langsung dalam persediaan ucapan Presiden Trump.

Dokumentari itu akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia sebelum distrim di Prime Video dan diarahkan oleh Brett Ratner.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN