Enam lelaki ditahan, miliki lima motosikal curi

Enam lelaki ditahan, miliki lima motosikal curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Enam orang lelaki ditahan kerana memiliki lima buah motosikal dipercayai dicuri ketika serbuan di sexual rumah pekerja ladang nanas dekat sini pada hari Jumaat baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, mereka yang ditahan menerusi Ops Lejang Khas itu melibatkan seorang lelaki tempatan dan lima lelaki warga asing berusia 28 sehingga 38 tahun.

Katanya, seorang tangkapan memiliki dadah manakalab semakan juga mendapati lelaki warga tempatan itu mempunyai satu rekod jenayah dan empat kes dadah manakala semua warga asing tersebut tidak memiliki sebarang rekod lampau.

“Ujian air kencing ke atas warga tempatan mendapatinya positif dadah jenis MOP, methamphetamine dan amphetamine.

“Menerusi serbuan itu juga pihak polis merampas tiga motosikal yang mempunyai rekod hilang dan dua motosikal diganggu gugat nombor enjin,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Menurut Bahrin lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Ujarnya lagi, kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (penjara setahun, denda atau kedua-duanya) dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 (penjara lima tahun, denda atau kedua-duanya).

Bahrin meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan jenayah boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubugi talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang 07-7784222; 07-7784256 (direct line); 07-7766822 (hotline) dan 014-365682. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN