Empat rumah, dua kenderaan terbakar di Kepong

Empat rumah, dua kenderaan terbakar di Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat rumah dan dua kenderaan di Taman Desa Jaya, Kepong, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.42 pagi.

Menurutnya, susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dibantu BBP Sungai Buloh dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita dapati empat rumah mengalami kebakaran iaitu dua daripadanya musnah 70 peratus, sebuah rumah (10 peratus) dan sebuah lagi mengalami kerosakan lima peratus.

“Turut musnah, dua kenderaan. Namun, kejadian ini tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN