Empat rakyat Malaysia kayuh basikal ke Mekah - Utusan Malaysia

Empat rakyat Malaysia kayuh basikal ke Mekah

ABDUL Halim Talha (hujung kanan), Che Saad Nordin (dua kanan), Noradilah Mohd Shafie (dua kiri ) dan Ahmad Mohd. Isa (hujung kiri) semasa acara pelepasan Kembara Berbasikal Ke Mekah di Masjid Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Kuala Lumpur, hari ini.-UTUSAN/Syakir Radin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai empat rakyat negara ini menyahut cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 12,000 kilometer (km) menggunakan laluan darat ke tanah suci Mekah.

Perjalanan yang mengambil masa selama tujuh bulan itu bakal merentas tujuh negara termasuk Thailand, India, Pakistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

Menariknya, kayuhan merentas sempadan negara ini bukanlah disertai oleh atlet berpengalaman, sebaliknya keempat-empat individu ini hanyalah insan biasa yang bercita-cita besar menunaikan rukun Islam kelima, tahun depan.

Mereka ialah Che Saad Nordin, 73, Abdul Halim Talha, 56, serta pasangan suami isteri, Ahmad Mohd Isa, 35 dan Noradilah Mohd Shafie, 36.

Walaupun sudah mencecah usia senja, Ketua Ekspedisi Kembara Berbasikal ke Mekah, Che Saad berkata, beliau mahu membuktikan umur bukan faktor penghalang untuk dirinya melunaskan misi suci berkenaan.

Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah berkhidmat di Kedah sejak 1982 ini menjelaskan misi tersebut juga merupakan ‘dendam’ yang tersimpan sejak 2019.

“Selepas itu Covid-19 melanda, jadi hasrat kami tertangguh lagi untuk memulakan kayuhan ke Mekah.

“Alhamdulillah, saya mahu menggunakan nikmat kesihatan ini dengan berkayuh ke tanah suci bersama rakan-rakan rapat yang lain. Kalau ikutkan saya pernah menunaikan haji sebanyak tiga kali dan umrah dua kali.

“Namun, sebelum ini hanya menaiki kapal terbang. Perjalanan kali ini sudah tentu jauh berbeza apabila dapat bermusafir di negera orang dan memburu hikmah di sepanjang perjalanan,” katanya.

Beliau ditemui ketika acara pelepasan peserta kayuhan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, di sini, hari ini.

Kayuhan tersebut bermula di FRIM sebelum meredah jalan-jalan kampung seperti di Kuala Selangor, Sabak Bernam, Tanjung Malim sehingga menuju ke utara tanah air.

Tanpa tajaan mana-mana pihak, kesemua perserta kayuhan itu menggunakan wang tabungan dan simpanan sendiri bagi merealisasikan misi berkenaan.

Mereka dijangka tiba di Arab Saudi pada pertengahan Mei, tahun depan.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.