DUN Melaka: Melaka buka ladang benih padi MR297

DUN Melaka: Melaka buka ladang benih padi MR297

SIDANG DUN Melaka berlangsung di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri memperuntukkan RM300,000 bagi membuka ladang benih padi tahun depan dalam usaha meningkatkan nisbah kadar kepenggunaan (SSR) kepada 19 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, ketika ini SSR bagi penghasilan padi di Melaka adalah 9.8 peratus setahun.

Kata beliau, melalui pengwujudan ladang benih padi itu, para pesawah akan dibekalkan benih padi berkualiti tinggi sekali gus membantu meningkatkan hasil pengeluaran mereka.

“Insentif ini merupakan yang pertama di Malaysia selepas kerajaan negeri sendiri membuka ladang benih padi untuk dibekalkan kepada pesawah. Ini kerana ada pesawah yang mendakwa mereka menerima benih padi jenis lama dan tidak memberikan hasil yang banyak.

“Justeru, ladang benih padi ini akan membekalkan pesawah dengan benih padi berkualiti tinggi untuk meningkatkan hasil kepada dua atau tiga kali ganda daripada 9.8 peratus setahun kepada 19 peratus dalam tempoh dua tahun,” katanya dalam sidang akhbar ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Tambah Muhamad Akmal, ladang benih padi berkenaan akan dibuka di Merlimau di kawasan seluas 32 hektar.

Menurutnya, seramai 17 pesawah dijangka terlibat dengan inisiatif tersebut dan akan dibekalkan benih padi MR297 yang tahan lasak berbanding benih padi sedia ada.

“Padi ini istimewa kerana berdaya tahan dan tidak memerlukan penggunaan air yang banyak. Kita juga telah buat kajian dengan menanam benih tersebut di Sempang yang diketahui mempunyai masalah air.

“Sebagai permulaan kita akan bekalkan benih padi kepada pesawah di sekitar Melaka terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke pesawah di negeri-negeri lain,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya