Dakwaan culik warga Bangladesh: Seorang anggota polis ditahan kerja

Dakwaan culik warga Bangladesh: Seorang anggota polis ditahan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang daripada tiga anggota polis yang disyaki menculik dan memeras ugut seorang warga Bangladesh telah ditahan kerja.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tindakan terhadap dua lagi anggota akan dipertimban sekiranya ada keperluan bergantung kepada hasil siasatan.

“Ada yang kita sudah ambil tindakan tahan kerja dan kita tunggu tindakan susulan kerana kes itu di bawah siasatan polis Selangor dan bagi polis Kuala Lumpur , sudah ambil tindakan.

“Siasatan sudah selesai tapi kita tunggu keputusan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis Selangor sudah merujuk siasatan kes tiga anggota polis didakwa terlibat menculik dan memeras ugut seorang warga Bangladesh kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, ketiga-tiga anggota Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya itu dibebaskan dengan jaminan selepas tempoh reman tamat.

Pada 10 November lalu, dilaporkan seramai enam individu termasuk tiga penjawat awam ditahan berkaitan kes pemerasan dan kurungan salah melibatkan seorang warga asing.

Hussein dilaporkan berkata, ia susulan laporan diterima polis daripada anak saudara mangsa yang mendakwa bapa saudaranya meminta untuk diselamatkan dengan membawa sejumlah wang.

“Pengadu kemudian menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali yang melarangnya membuat laporan polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan (KK) kerana cuba melakukan pemerasan dan Seksyen 342 KK kerana kurungan salah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya