KUALA LUMPUR : Pelakon, Elvina Mohamad, menyindir golongan netizen supaya tidak melontarkan sebarang komen tidak cerdik di ruangan media sosial semata-mata kerana teruja mahu menegur, mengkritik mahupun menghina orang lain.
Elvina berkata, tindakan netizen adakalanya keterlaluan dan dia sebagai seorang selebriti juga hairan mengapa ada pihak tergamak menyuruhnya membuang nama bapa hanya kerana marah dengan penampilannya baru-baru ini di sebuah acara.
“Adakah anda bodoh atau pura-pura bodoh? Mohamad adalah nama bapa saya? Hanya kerana aku pakai ‘hooded gowns’, aku kena buang nama bapak aku?
“Jadi adakah kesemua wanita Muslim kena buang nama bapa dia hanya kerana berpakaian kurang sopan? Komen tu jangan nampak bodoh sangat walaupun diri tu memang nampak bodoh,” kata Elvina di Instagram.
Terdahulu, dalam hantaran di Insta Stories, Elvina tampil mendedahkan wajah netizen yang memintanya untuk membuang nama bapanya, Mohamad, selepas dianggap telah memalukan agama Islam hanya disebabkan gaun yang digayakannya baru-baru ini.
Menerusi penampilan itu, pelakon ini juga mendapat kecaman ramai kalangan netizen lain yang menyifatkan dia sengaja berpakaian sedemikian yang tidak menggambarkan perwatakan sebagai seorang wanita Muslim.