Bintang baharu Brazil jadi tumpuan

Bintang baharu Brazil jadi tumpuan

ENDRICK (kiri) beraksi bersama Palmeiras ketika menentang Boca Juniors dalam saingan Copa Libertadores. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Brazil sudah bersedia mengetengahkan bintang muda berusia 17 tahun, Endrick ke arena antarabangsa bagi mengisi kekosongan pemain tonggak pasukan juara dunia lima kali itu.

Selepas berakhir era Pele, Zico yang muncul 15 tahun selepas itu sebelum digantikan dengan Ronaldo dan Ronaldinho, Endrick yang hanya beraksi dalam tujuh perlawanan bersama kelabnya, Palmeiras Disember lalu dilamar Real Madrid pada tawaran harga 52.5 juta pound.

Dia menjaringkan 165 gol dalam 169 penampilan bersama skuad remaja Palmeiras, malah mengetepikan saingan rakan senegara yang lain untuk dipanggil dalam skuad Brazil bersama-sama Vinicius Jnr dan Rodrygo di Real Madrid.

Endrick yang diletakkan harapan tinggi pasukannya buat pertama kalinya menyarung jersi Brazil menentang Columbia dalam kelayakan Piala Dunia.

“Menjadi impian setiap pemain untuk menyarung jersi Brazil. Banyak yang berlaku dan mengubah hidup saya dan impian ini (mewakili Brazil) menjadi kenyataan. Saya berterima kasih kepada keluarga, ejen dan Palmeiras yang meletakkan keyakinan kepada saya.

“Sejak kecil saya bercita-cita untuk beraksi bersama Real Madrid. Cristiano Ronaldo adalah idola saya dan sungguh mengujakan apabila saya akan memakai jersi yang pernah dipakainya (Ronaldo) sebelum ini.

Endrick sebelum ini menandatangani perjanjian bersama Jay Z’s Roc Sports Nation, agensi yang bertanggungjawab mengetengahkannya bersama New Balance sebelum berhijrah ke Real Madrid.

“ Endrick bukan sahaja seorang atlet tetapi seorang yang sentiasa mau ke depan. Pemain lawan sukar untuk mengawal pergerakannya di atas padang. Dalam banyak jaringan gol yang dibuat, biasanya dia berlari laju sehingga sukar dihalang oleh pertahanan lawan,” kata pengurus Roc Nation, Thiago Freitas.

Ketika mencatat kemenangan 4-3 menentang Botafogo, Endrick mempamerkan permainan kemas dan menjaringkan dua gol dengan ledakan kaki kanan serta kiri yang seimbang sehingga memikat ejen Real Madrid untuk menawarkan kontrak bersama kelab itu. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN