Belia Batu 10 Cheras anjur perlawanan sepak takraw

Belia Batu 10 Cheras anjur perlawanan sepak takraw

URUSETIA dan penduduk bergambar bersama dengan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Shah Jaya, Zulkifli Abdul Ghaffar dan Ketua Kampung Batu 10 Cheras, Napiah Haron selepas perlawanan sepak takraw di Cheras baru baru ini. – Hanifah Nazira Mohamed Hanafiah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Belia Batu 10 Cheras menganjurkan perlawanan persahabatan sepak takraw di padang Taman Shah Jaya baru baru ini.

Menurut jurucakapnya Samsul Azrin Radzli , objektif utama program tersebut bertujuan mengeratkan silaturrahim antara penduduk dewasa dengan belia, mengurangkan tekanan bekerja dan memupuk budaya sihat menerusi aktiviti riadah sukan.

“ Sambutan diterima begitu menggalakkan apabila sebanyak 12 pasukan bertanding dengan semangat kesukanan. Kami merancang mengadakan pelbagai aktiviti pada masa akan datang.“

Turut hadir Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Shah Jaya, Zulkifli Abdul Ghaffar dan Ketua Kampung, Napiah Haron.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya