MELAKA: Tiada laluan angin di Batu Berendam seperti didakwa orang ramai dan kejadian ribut serta angin kencang boleh berlaku di mana-mana kawasan di Melaka. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pejabat Meteorologi Melaka, Muhammad Hafiz Kasim berkata, awan ribut petir yang bergerak ke sesuatu kawasan akan membawa bersama hujan lebat dan angin kencang. Katanya, tiupan angin pula akan mempengaruhi pergerakan awan. “Awan (ribut petir) ini akan bergerak ke mana-mana sahaja. Jadi…










