Banjir: Tinggal 55 mangsa berada di 12 PPS - Utusan Malaysia

Banjir: Tinggal 55 mangsa berada di 12 PPS

UTUSAN MANGSA banjir yang dipindahkan di PPS SK Chendering, Kuala Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Situasi banjir di Terengganu semakin surut apabila hanya seramai 55 mangsa daripada 13 keluarga masih berada di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini, setakat pukul 4 petang ini. 

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Hanya tiga daerah yang masih terjejas iaitu Kuala Terengganu, Dungun dan Setiu. 

“Besut pula menjadi daerah terbaharu pulih daripada banjir dengan 112 mangsa daripada 25 keluarga yang sebelum ini berada di PPS SK Kuala Besut telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya di sini, sebentar tadi.

Katanya, jumlah mangsa di Kuala Terengganu pula tinggal seramai 40 mangsa daripada sembilan keluarga di PPS SK Atas Tol.

Tambahntya, di Dungun pula, seramai enam mangsa daripada dua keluarga masih berada di PPS SK Tok Kah.

“PPS SK Kampung Rhu Sepuluh, Setiu menempatkan sembilan mangsa daripada dua keluarga,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya