Bajet 2024: Pulau Pinang tidak berhasrat tambah peruntukan kepada pembangkang - Utusan Malaysia

Bajet 2024: Pulau Pinang tidak berhasrat tambah peruntukan kepada pembangkang

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak berhasrat untuk menambah jumlah peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dalam Bajet 2024 yang dijangka dibentangkan pertengahan bulan ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan meneruskan amalan pemberian peruntukan seperti sebelum ini yang mana wakil rakyat pembangkang diberikan sebanyak RM60,000 setahun berbanding wakil rakyat kerajaan negeri yang menerima RM500,000 setahun.

“Kita akan meneruskan pemberikan peruntukan kepada wakil-wakil pembangkang seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kon Yeow ditanya sama ada kerajaan negeri bercadang menaikkan jumlah peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang menerusi Bajet 2024 yang dijangka dibentangkan pertengahan bulan ini.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan negeri akan mengikuti saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang meminta wakil rakyat pembangkang di peringkat Pusat berbincang dengan kerajaan untuk mendapatkan peruntukan lebih, Kon Yeow berkata: “Kita tak cadang lebih. Itu yang kita mampu.”

Anwar sebelum ini dilaporkan mengingatkan wakil rakyat pembangkang supaya berunding dengan kerajaan sekiranya mahu peruntukan disalurkan kepada mereka.

Malah, beliau turut menasihatkan Ahli Parlimen pembangkang supaya tidak angkuh dan sombong, sebaliknya berbincang dengan kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya