Awal tahun fasa yang mencabar - Hady Mirza lega ibu pulih kanser - Utusan Malaysia

Awal tahun fasa yang mencabar – Hady Mirza lega ibu pulih kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Hady Mirza lega dengan tahap kesihatan ibunya yang semakin baik selepas disahkan memghidap kanser limfoma tahap empat awal tahun ini.

Bagaimanapun kata peserta All Stars Gegar Vaganza (GV10) itu, pemantauan berkala perlu dilakukan bagi memastikan kesihatan ibunya terus positif.

“Awal tahun ini memang fasa yang sangat sukar untuk kami. Ibu, Mardiana Ahmad, 67, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hingga empat minggu kerana kanser.

“Insya-Allah, diharapkan kesihatannya bertambah baik. Susah untuk kita cakap, perasaan risau memang ada. Tapi saya gembira, sekarang dia nampak ceria dan okey,” katanya.

Hady memaklumkan kehadiran ibunya menyaksikan persembahannya pada konsert minggu ketujuh GV10 sedikit sebanyak memberi semangat ketika dia menyampaikan lagu Roman Cinta Ahad lalu.

Dalam pada itu, Hady berkata jadual GV10 yang padat selain masalah trafik dari Malaysia ke Singapura menyukarkan dia dan isteri untuk pulang ke Singapura dengan lebih kerap.

“Bila ada peluang, kami tetap akan balik jenguk ibu. Kadang memang saya tak larat kerana masalah trafik yang terlalu sesak,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN