Autobiografi Britney Spears terlaris di Amerika Syarikat - Utusan Malaysia

Autobiografi Britney Spears terlaris di Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Puteri pop dunia, Britney Spears mampu tersenyum lebar selepas autobiografinya, The Women in Me menjadi antara buku paling laris di Amerika Syarikat (AS) selepas lebih dua minggu dipasarkan.

Meskipun rekod jualan semakin menurun, autobiografi sulung penyanyi itu kekal mendahului jualan buku lain di negara berkenaan.

The Women in Me terjual sebanyak 132,000 naskhah minggu lalu, menyaksikan penurunan berbanding rekod jualan 400,000 naskhah pada minggu sebelumnya.

Meskipun rekod (jualan) mencatatkan penurunan, buku tersebut sudah pun mencipta kejayaan dengan nilai jualan mencecah jutaan dolar.

Autobiografi sulung penyanyi lagu Hit Me Baby One More Time itu dipasarkan sejak 24 Oktober lepas.

Ia menjadi buku paling kontroversi dengan pelbagai pendedahan dibuat penyanyi tersebut termasuk tindakannya sebelum ini yang terpaksa menggugurkan kandungan yang didakwa milik bekas teman lelakinya yang juga vokali kumpulan NSYNC, Justin Timberlake.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya