Aurel Hermansyah lahirkan bayi perempuan - Utusan Malaysia

Aurel Hermansyah lahirkan bayi perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi, Aurel Hermansyah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pagi tadi waktu tempatan.

Berita itu dikongsikan ibu mertuanya, Geni Faruk menerusi Instagram baru-baru ini.

“Allahuakhbar, Allahuakhbar. Asyhadu alla ilahailallah wa asyhadu anna Muhammadarrasulullah. Syukur tak terhingga,” tulisnya.

Aurel melahirkan bayi perempuan seberat 3.3 kilogram di sebuah pusat perubatan dekat sini.

Terdahulu, anak Kris Dayanti itu dimasukkan ke bilik bersalin kira-kira pukul lima pagi waktu tempatan.

Selain suami, Atta Halilintar, Turut hadir menemani Aurel di hospital ada ibu bapanya, Kris dan Anang Hermansyah serta penyanyi Ashanty.

Aurel mendirikan rumah tangga pada 3 April 2021. Dia dan Atta dikurniakan dua cahaya mata termasuk Ameena Hanna Nur Atta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya