Apa yang susah sangat engkau orang nak faham? - Utusan Malaysia

Apa yang susah sangat engkau orang nak faham?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad menyelar tindakan segelintir masyarakat Malaysia yang menyokong kekejaman yang dilakukan rejim zionis terhadap penduduk Palestin.

Kata pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad itu, tidak wajar mana-mana rakyat negara ini menyokong kejahatan Israel malah sepatutnya memahami kesengsaraan rakyat Palestin yang berdepan penjajahan.

“Kau tahu kan yang negara kita Malaysia baru merasa 66 tahun kemerdekaan selepas dijajah oleh British. Tahu tak betapa susah nenek moyang dulu nak mencapai kemerdekaan, mereka bermatian-matian berjuang untuk kita, cucu cicit mereka merasa kemanisan kemerdekaan dan kebebasan.

“Sekarang, Israel adalah penjajah. Sama seperti setiap negara yang dijajah, kita nak kemerdekaan dan kebebasan. Begitu juga dengan Palestin.

“Saya tak condemn Hamas, mereka adalah pejuang tanah air mereka. Kalau negara dah dijajah, tak kan nak berdiam diri dan tak melakukan retaliation (penentangan) terhadap penjajahan tersebut. Hamas berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Palestin, nak bebas dari cengkaman kuku besi Israel. Mereka nak negara mereka balik. Itu sahaja, apa yang susah sangat engkau orang nak faham?” katanya menerusi sebuah video di Instagram.

Dalam perkongsian yang sama, Uyaina turut menyatakan beberapa bentuk kekejaman dan penindasan yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin termasuk menyekat keperluan asas seperti air yang menjadi perkara paling utama untuk meneruskan kehidupan.

“Demografi mungkin tak sama tapi konteks masih sama. Kita bercakap tentang perjuangan menentang penjajah dan Israel adalah penjajah. Kita dengan palestin sama, bezanya kita pernah dijajah, mereka sedang dijajah. Sudahlah jajah negara orang, basic human right tak bagi, punca air disimen, makanan tak cukup, kibar bendera negara sendiri tak dibenarkan. Itu satu jenayah, Israel tak bagi.

“Belum lagi cakap pasal bentuk-bentuk jenayah yang zionis Israel dan tenteranya buat dekat Palestin. Belum cakap bentuk perkauman yang dilakukan di sana. Jujur kalau nak senaraikan bentuk jenayah dan jenayah perang yang dilakukan Israel terhadap Palestin sampai Subuh esok pun tak habis.

“Jadi sebelum korang nak sokong israel atau neutral macam penyanyi antarabangsa, Selena Gomez, engkau orang tengok balik sejarah negara engkau orang sendiri. Betapa teruknya orang Melayu ditindas penjajah British, betapa teruk Cina dihina oleh penjajah jepun. Tak kisahlah orang Melayu, Cina, India atau Bumiputera, penjajah tetap penjajah. Dan perjuangan orang Palestin adalah pejuangan kita, bangsa Malaysia yang pernah dijajah satu masa dahulu. Selagi Palestin tak bebas, kita semua tak bebas,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN