Anggota penguat kuasa minta habuan seks elak tindakan diambil

Anggota penguat kuasa minta habuan seks elak tindakan diambil

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang anggota sebuah agensi penguat kuasa di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta ‘habuan’ dalam bentuk seks sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas seorang wanita kerana gagal melaporkan diri disebabkan kesalahan dadah.

Penahanan suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu dilakukan ketika bersama wanita berusia dalam lingkungan 20-an dalam satu operasi khas semalam di sebuah hotel di Johor Bahru kira-kira pukul 7.30 malam.

Sumber berkata, wanita tersebut dipercayai gagal melaporkan diri secara bulanan kepada agensi penguat kuasa berkenaan dan bagi mengelakkan daripada diambil tindakan, suspek telah meminta habuan seks.

“Wanita tersebut dipercayai pernah ditahan kerana kesalahan dadah dan sedang menjalani tempoh pengawasan selama dua tahun di sebuah agensi penguat kuasa di Johor Bahru,” katanya di sini

Susulan penahanan tersebut, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi tujuan reman pagi ini.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Chai Ing Hien telah mengeluarkan perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 13 November 2023 terhadap suspek.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya