AIS hargai bakat mahasiswa UMT

AIS hargai bakat mahasiswa UMT

MERAI kemenangan bersama Izani (kiri) dan Mazlan (dua, kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menghargai kecemerlangan bakat mahasiswa dengan Anugerah Ikon Siswa (AIS) menampilkan 19 anugerah pelbagai kategori.

Acara gemilang ini merangkumi dua anugerah utama iaitu Anugerah Tokoh Siswa dan Anugerah Bingkas Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Ikon Siswa UMT 2023 dinobatkan kepada pelajar Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian, Munirah Mansor, 23, di mana kecemerlangan beliau bukan sahaja dalam bidang akademik malah turut bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Munirah pernah menganjurkan 14 program sepanjang mengetuai Kelab Sekretariat Anak Johor (SOHOR) yang mana terdiri daripada program keusahawanan, kepimpinan, sukarelawan, kemasyarakatan dan pembangunan komuniti.

Program tersebut telah membuka ruang kepada pelaksanaan pemindahan ilmu yang dibantu oleh Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat, UMT yang mana ianya telah membantu meningkatkan sosio ekonomi komuniti setempat.

Dalam pada itu, Anugerah Bingkas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA ) UMT diberikan kepada pelajar tahun tiga, Sarjana Muda Sains (Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim), Nur Izzati Yusri, 22 yang mula bergiat aktif dalam persatuan sejak tahun pertama serta memegang jawatan sebagai Bendahari Jawatankuasa Perwakilan Luar Kampus (JPLK).

Program ‘Colors of Korea: Students Council Autumn Delegation’ di bawah pimpinan Nur Izzati berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM19,827.00 daripada pelbagai program yang dianjurkan dan sumbangan luar. Program tersebut melibatkan perbincangan ilmiah dengan tiga buah universiti di Korea dan melaksanakan kerja-kerja sukarelawan bersama komuniti Masjid Pusat Seoul.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (KPPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Profesor Dr. Azlinda Azman dalam ucapan perasmiannya berkata, bakat-bakat muda yang berada di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) menjadi taruhan utama serta sebagai nakhoda negara di masa hadapan.

Katanya KPT memandang serius mengenai pembangunan bakat dalam kalangan mahasiswa seperti pengenalan agenda Pemerkasaan Mahasiswa yang bertujuan mengupayakan bakat dan potensi mahasiswa melalui lebih banyak tanggungjawab dan ruang membuat keputusan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Kecemerlangan mahasiswa wajar diiktiraf bukan sahaja sebagai tanda penghargaan universiti kepada mereka, tetapi motivasi dan galakan untuk mahasiswa terus cemerlang dan memahat kegemilangan,” katanya

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain berkata, AIS memberi sanjungan kepada bakat cemerlang yang telah dipamerkan oleh mahasiswa UMT sepanjang 2022 dan 2023.

Calon-calon yang berjaya ke peringkat akhir merupakan mereka yang telah menunjukkan pencapaian luar biasa dalam aktiviti kemahasiswaan pelbagai kategori seperti kepemimpinan, akademik, kesukarelawanan, pengucapan awam, intelek, budaya dan sukan. Pemenang AIS yang berjaya akan mewakili UMT ke Anugerah Tokoh Siswa (ATS) di peringkat KPT.

Hadir sama Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr Mazlan Ab.d Ghaffar.- UTUSAN

 

 

 

 

 

. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN