Ahmad Samsuri dicabar lepaskan jawatan Menteri Besar - Utusan Malaysia

Ahmad Samsuri dicabar lepaskan jawatan Menteri Besar

AZALINA Othman Said (tengah) berswafoto dan beramah mesra bersama wanita UMNO di Chukai, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mencabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk melepaskan jawatannya dan memberi fokus kepada Parlimen Kemaman yang bakal ditandinginya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2 Disember depan.

Azalina berkata, sekiranya benar Ahmad Samsuri mahu manabur baktinya kepada penduduk di Parlimen Kemaman, beliau tidak seharusnya bertanding atas tiket Menteri Besar.

“Kalau betul dia (Ahmad Samsuri) yakin (menang), saya nak cabar dia letak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu dan fokus kepada Parlimen Kemaman.

“Dia nak bertanding atas tiket sebagai Menteri Besar sebab bila kalah boleh jadi Menteri Besar. Maknanya, dia tak amanah dan ikhlas kepada pengundi Kemaman,” katanya selepas mengadakan pertemuan bersama Wanita UMNO di sini, hari ini.

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata, Pas juga dilihat ketandusan pemimpin apabila mencalonkan Ahmad Samsuri untuk berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada PRK tersebut.

“Pas macam tak ada orang lain untuk bertanding. Saya lihat Pas merasakan itu sahaja (calon) yang terbaik yang nak ditawarkan. Saya kesian dekat Pas Terengganu, macam tak ada orang lain (untuk ditonjolkan).

“Bagi saya kalau kita memilih calon yang tidak memberi perkhidmatan sebab dia dalam kawasan luar, tak ada di kawasan, rugi orang di kawasan tersebut dan saya nak minta pengundi di Kemaman lebih fokus kepada diri mereka untuk mendapat khidmat daripada wakil rakyat bukan beremosi dalam memilih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya