Aaron Aziz hampir dijerat scammer - Utusan Malaysia

Aaron Aziz hampir dijerat scammer

DAMANSARA, 29 Ogos 2022 - Pelakon, Datuk Aaron Aziz bergambar selepas Majlis Sidang Media Takdir Cinta Dhia di Luxe Hall TGV 1Utama, Damansara di sini, hari ini. Foto - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/PEMBERITA - Shahemy / Emira / Athirah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Aaron Aziz berang dengan kewujudan scammer yang berselindung disebalik nama sebuah syarikat telekomunikasi cuba memperdaya dirinya menerusi satu panggilan telefon, baru-baru ini.

Aaron, menerusi perkongsian di Instagram, mendedahkan pihak tidak bertanggungjawab itu hampir menjerat dengan taktik penyamaran sebagai pegawai syarikat berkenaan.

“Saya baru terima panggilan daripada ‘hawau’ ini yang ada nombor saya dan panggil nama saya dan mengaku dirinya daripada perguaman (sebuah syarikat telekomunikasi).

“Dia minta saya berikan empat digit terakhir nombor kad pengenalan, saya kata tidak. Kemudian dia minta nombor akaun, apa nombor tadi?,” katanya menerusi sebuah video.

Aaron dalam perkongsian sama turut mendedahkan nombor telefon yang digunakan scammer berkenaan untuk menjerat mangsa.

Perkongsian Aaron itu menerima pelbagai reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman sama di ruangan komen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN