KUALA NERUS: Aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia kembali sengit apabila KL City menyamakan kedudukan 1-1 untuk mengurangkan defisit agregat 2-3 dimiliki Terengganu FC (TFC).
Jaringan penyamaan itu hadir minit ke-51 menerusi tandukan mudah Romel Morales yang menerima umpanan Haqimi Azim Rosli dari sebelah kanan.
TFC sebelum itu mendahului hasil penyudah tepat Ivan Mamut yang menerima hantaran pendek Nor Hakim Hassan tiga minit sebelum rehat. – UTUSAN