545 Perajurit Muda TLDM tamat latihan asas

545 tamat latihan Perajurit Muda TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGERANG: Sebanyak 545 Perajurit Muda berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) Siri 225/23 di Kapal Diraja Sultan Ismail (KDSI) Tanjung Pengelih, di sini, semalam.

Tentera Laut Diraja Malaysia¦ (TLDM) dalas satu kenyataan memberitahu, Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Rahman Ayob menyempurnakan majlis tersebut.

Menurutnya, perbarisan itu terdiri daripada sembilan divisyen dengan kekuatan seramai 545 orang yang telah mengangkat sumpah pada 30 Mei 2023 dan seterusnya menjalani KATL selama enam bulan di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, KDSI.

“Pelbagai latihan telah diterapkan dan berjaya mentransformasikan sifat serta minda
daripada seorang individu awam kepada seorang anggota tentera yang berkaliber.

“Perajurit Muda telah layak untuk berkhidmat sebagai seorang anggota TLDM dan menggalas tugas serta amanah kepada bangsa dan negara,” kata kenyataan itu.

Berucap pada majlis itu, Panglima Tentera Laut jberharap agar semangat berpasukan atau Esprit de Corps sesama rakan seperjuangan diteruskan demi
kecemerlangan dan kesejahteraan pada masa hadapan.

Katanya, Perajurit Muda mesti memegang, empat nilai teras TLDM iaitu Kemuliaan, Kesetiaan, Keberanian dan
Kebanggaan yang akan menjadikan the Navy People terampil dan berdisiplin bagi mencapai visi TLDM menjadi sebuah ‘Angkatan Laut yang Kredibel’.

Sementara itu, Abdul Rahman turut menyampaikan hadiah bagi tujuh anugerah pada istiadat tersebut.

Divisyen Bentara telah dinobatkan sebagai Divisyen Terbaik Keseluruhan di bawah bimbingan Divisyen Komander Pemangku Bintara Kanan PAP (PKL) Stanley Usek dan dibantu oleh Bintara Muda PBS Mohd Bakri bin Bahareen. Pemenang bagi

Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Lelaki disandang oleh Laskar Muda Nik Muhamad
Saifuddin Badrul Hisam manakala Laskar Muda Terbaik Keseluruhan Wanita disandang
oleh Laskar Muda Fatin Najwai Mohd Hanif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya