SERAMAI 300 pelajar dari 38 Sekolah Program Pendidikan Khas Integrasi di daerah Johor Bahru menyertai pertandingan petanque.
Sebanyak 16 kategori dipertandingkan, antaranya Bermasalah Pembelajaran (BP) Bawah 12, Bawah 15 dan Bawah 19 Lelaki dan Perempuan, Bermasalah Pendengaran (BD) Bawah 12, Bawah 15 dan Bawah 19 Lelaki dan Perempuan.
Turut dipertandingkan kategori sindrom down (SD) Terbuka 19 tahun ke bawah lelaki dan Perempuan serta kategori Kecacatan Anggota (PH)/celebral palsy (CP) terbuka 19 tahun ke bawah.
Acara sukan yang bertujuan mendedahkan pelajar istimewa itu dalam sukan berkenaan diadakan di gelanggang petanque arena emas, Taman Impian Emas, Johor Bahru.-UTUSAN