24 buah rumah di Pendang rosak dilanda ribut

24 buah rumah di Pendang rosak dilanda ribut

ANGGOTA APM Pendang membuat pemantauan di salah sebuah rumah yang rosak akibat ribut di Taman Delima, Mukim Air Puteh di Pendang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Sebanyak 24 buah rumah di Mukim Air Puteh, di sini rosak selepas sebahagian bumbung rumah mereka diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang semalam.

Kejadian kira-kira 4.30 petang itu melibatkan 23 rumah di Taman Sri Delima, Jalan Jenun, manakala sebuah rumah di Kampung Pulau Machang, di sini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, seramai 72 mangsa dari kedua-dua kawasan perumahan itu terjejas dalam kejadian terbabit.

“Anggota kita yang membuat pemantauan mendapati tiada mangsa yang cedera. Sehingga kini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan mangsa kini menginap di rumah saudara mereka di kawasan berhampiran,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, ribut turut menyebabkan beberapa kejadian pokok tumbang di Perumahan Keda Asam Jawa dan lokasi berdekatan Klinik Kesihatan Pendang hingga menghalang lalu lintas.

“Kita turut membersihkan kawasan itu dengan memotong pokok yang tumbang untuk memudahkan pengguna di laluan berkenaan. Orang ramai diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga kerana keadaan cuaca tidak menentu sekarang,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN