100 penyair dan penulis pelbagai negara sertai RAIPO

100 penyair, penulis pelbagai negara sertai RAIPO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Festival Antarabangsa Penyair, Penulis dan Pembaca (RAIPO) yang disertai lebih 100 penyair dan penulis antarabangsa menjanjikan kepelbagaian kreativiti dan kekuatan kesusasteraan.

Festival yang merangkumi peserta dari 12 negara Amerika Selatan, Eropah dan Asia itu akan diadakan di Selangor bermula 8 hingga 13 Disember ini. 

Pengerusi RAIPO, Raja Ahmad Aminullah berkata, gabungan peserta tersebut menjanjikan satu acara yang memaparkan kepelbagaian kreativiti dan kekuatan kesusasteraan dalam menyatupadukan masyarakat merentasi sempadan.

“Peserta festival itu termasuk penyair dan penulis dari Puerto Rico, Bulgaria, India, Sepanyol, Bangladesh, Vietnam, Rusia, Indonesia, Singapura, Mesir dan Brunei.

“Malaysia akan diwakili oleh empat Sasterawan Negara iaitu Dr. Muhammad Salleh, Datuk Dr. Siti Zainon Ismail, Datuk Seri A. Samad Said dan Datuk Dr. Anwar Ridhwan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

RAIPO dianjurkan oleh RA Arts Haven dengan kerjasama Encorp Berhad dan Pelancongan Perak selain turut disokong oleh Felda, Forum Ekonomi Manusiawi, Mercy Malaysia dan Persatuan Murid-murid Tua Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, Raja Ahmad berkata, festival itu akan diadakan Strand Mall, Petaling Jaya, Selangor pada 8 hingga 10 Disember.

Katanya, peserta daripada  Asia yang terlibat adalah Aminur Rahman dari Bangladesh, Nguyen Bao Chan dari Vietnam, Bundo Free, Lily Siti Multatuliana dan Dwi Ermayanthi sebagai wakil Indonesia, Kirpal Singh dari Singapura, Dr. Sudipto Chatterjee, Mehzabeen Hussain dan Dr. Reshma Ramesh wakil India.

Selain itu, terdapat juga wakil dari negara lain seperti Maja Panatova dari Bulgaria, Maria De Los Angeles dari Puerto Rico, Remedios Alvarez dan Ana M Galan dari Sepanyol, Ahmed Al Shahawy dari Mesir dan Dr. Victor Pogadaev selaku wakil Rusia. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN