Zahid jumpa ahli Parlimen UK beragama Islam, bincang isu

Zahid jumpa ahli Parlimen UK beragama Islam, bincang isu Palestin

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melakukan perjumpaan dengan beberapa ahli Parlimen House of Lord dan House of Commons yang beragama Islam di United Kingdom (UK).

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, perjumpaan tersebut dilakukan sebelum beliau bertemu dengan diaspora Malaysia di UK.

Kata beliau, perjumpaan tersebut dilakukan bagi membincangkan isu-isu berkepentingan bersama dan khususnya berkaitan rakyat Palestin.

“Saya turut menyatakan serta menegaskan pendirian Malaysia dan berharap suara rakyat Malaysia juga akan didengari di dalam ruang Parlimen di sini.

“Saya menekankan kedudukan kukuh Malaysia untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengetepikan perbezaan dan berusaha untuk meredakan keadaan serta segera memberikan bantuan kemanusiaan buat rakyat di Palestin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, serangan rejim Zionis di penempatan orang awam dekat Khan Younis, Semenanjung Gaza semakin menggila dalam tempoh 48 jam lalu apabila tentera Israel turut menyasarkan kediaman-kediaman berhampiran Hospital Nasser.

Perang antara Palestin dan Israel kini sudah berlarutan untuk beberapa minggu sejak 7 Oktober lalu serta mengorbankan beribu nyawa ekoran rejim Zionis yang bertindak melakukan serangan udara dengan mengebom Gaza.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya