Yadim sediakan bayaran untuk ustaz Orang Asli ikut jam khidmat

Yadim sediakan bayaran untuk ustaz Orang Asli ikut tempoh lama berkhidmat

YADIM sediakan bayaran untuk ustaz Orang Asli ikut jam khidmat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyediakan bayaran berdasarkan jam berkhidmat bagi tenaga pengajar Orang Asli yang pulang ke kampung halaman untuk mengajar ilmu agama.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Zamri Zainal Abidin berkata, pihaknya memfokuskan kepada pengisian dalaman surau atau dari sudut pengajian.

“Kita agak terhad untuk menyediakan bantuan-bantuan dari segi fizikal seperti membina surau tetapi bagi pengisian dalaman surau, kita sedia membantu.

“Sebagai contoh, dari sudut pendawaian mahupun pengajian,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Program CSR Rahmah Tambun di Kampung Tonggang, Hulu Kinta di sini semalam.

Menurutnya, Yadim lebih fokus kepada menjaga guru-guru yang memberi khidmat di perkampungan Orang Asli.

“Kini, kita ada 14 guru Orang Asli yang telah dilatih dan pulang ke kampung halaman mereka. Mereka ini akan dibayar mengikut jumlah jam berkhid­mat,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya yakin cara itu lebih berkesan kerana Orang Asli faham tentang bahasa, budaya, cara hidup, cara makan dan sebagainya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN