Warga emas rugi RM600,000 terpedaya pelaburan digital

Warga emas rugi RM600,000 terpedaya pelaburan digital

PHANG (tengah) menunjukkan salinan laporan polis dalam sidang akhbar di Pejabat Khidmat ADUN Johor Jaya, Johor Bahru, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas berputih mata selepas mengalami kerugian sebanyak RM600,000 apabila menyertai pelaburan mata wang digital kripto dengan sebuah syarikat didapati tidak wujud, Mei lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Phang, 68, berkata, pelaburan itu dilakukan dalam mata wang Amerika Syarikat (USD) menerusi jenama Yomaex Crypto Market.

Katanya, dia mengetahui berhubung pelaburan mata wang digital itu selepas mengenali seorang individu dikenali sebagai ‘Cikgu Pelaburan’ dalam Facebook.

“Saya sebelum ini menjalankan perniagaan mengimport mesin kimpalan sebelum dihantar ke kilang-kilang, namun perniagaan itu tidak menunjukkan peningkatan memberangsangkan seperti yang diharapkan.

“Jadi saya bertanya pandangan sama ada mahu teruskan atau menjual saham perniagaan itu, Cikgu Pelaburan terbabit kemudian memperkenalkan pelaburan wang digital kripto ini.

“Selepas bersetuju, saya dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp yang kononnya turut disertai seorang Ahli Parlimen dari Melaka,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung di Johor Jaya, di sini.

Mangsa yang juga merupakan bapa kepada tiga orang anak itu turut memberitahu, dia semakin yakin dengan pelaburan mata wang digital berkenaan selepas ahli-ahli dalam kumpulan WhatsApp menunjukkan penyata dan dokumen keuntungan masing-masing.

“Kerana terpengaruh, saya buat pelaburan melalui 20 transaksi ke dalam 12 akaun bank berbeza melibatkan modal sebanyak RM600,000 dalam tempoh tiga bulan sejak 14 Julai lalu.

“Dalam tempoh tiga bulan itu, saya beberapa kali mendapat keuntungan dan dalam tempoh masa sama ada juga mengalami kerugian, sehingga terpaksa meminjam wang isteri dan keluarga bagi meneruskan pelaburan berkenaan,” ujarnya.

Tambah Phang, dia dimaklumkan pelaburannya melonjak pada 3 Oktober lalu sehingga memperoleh keuntungan sebanyak USD1.4 juta sebelum berhasrat mengeluarkan wang terbabit kerana mahu membayar hutang dan membaik pulih rumah.

“Walau bagaimanapun, syarikat pelaburan itu tidak membenarkan saya membuat pengeluaran itu. Kemudian pada 4 Oktober, saya dapat surat daripada syarikat memaklumkan akaun saya terlibat dalam aktiviti mencuci wang.

“Mereka maklumkan sekiranya saya mahu buat pengeluaran, saya perlu memasukkan RM200,000 ke dalam satu akaun yang ditetapkan,” jelasnya lanjut sambil memaklumkan baharu tersedar menjadi mangsa penipuan selepas itu.

Phang kemudian meminta Cikgu Pelaburan terbabit untuk memulangkan semula duit modal pelaburan sebanyak RM600,000, namun mereka memberikan pelbagai alasan.

“Saya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Larkin, Sabtu lalu. Saya juga kecewa kerana sikap tamak menyebabkan alami kerugian sehingga perlu kembali bekerja untuk membayar hutang isteri dan adik beradik,” tambahnya.

Sementara itu, Cai Tung memberitahu, semakan pihaknya mendapati 11 daripada 12 akaun bank yang digunakan dalam transaksi berkenaan pernah dilaporkan dalam carian akaun keldai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya