Wanita warga asing antara ditahan seludup arak RM1.5 juta

Wanita warga asing antara ditahan seludup arak RM1.5 juta

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang wanita warga Vietnam antara tiga yang ditahan dalam serbuan berasingan dipercayai menyeludup arak tidak bercukai bernilai RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang wanita berusia 44 tahun itu di sebuah premis di Jalan Sungai Besi, di sini, Jumaat lalu.

“Dalam serbuan pukul 2 petang itu, kita merampas 108 kotak dan 116 karton minuman keras pelbagai jenama.

“Bertindak di atas maklumat serbuan pertama, pihaknya turut memberkas dua individu termasuk seorang lelaki warga asing berusia 29 dan 31 tahun di sebuah premis di Jalan Sungai Besi, hari sama,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini, hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihak polis berjaya merampas sembilan kotak dan 1,818 karton arak pelbagai jenama, dua telefon bimbit serta sebuah lori yang disyaki digunakan oleh suspek untuk mengedar arak tersebut,” katanya.

Jelas Zam Halim, semua suspek yang ditahan berperanan sebagai penjaga stor minuman keras itu dan menerima upah dari RM500 sehingga RM1500 sebulan.

Tambah beliau, premis tersebut dipercayai beroperasi lebih setahun dan berselindung di kawasan perindustrian untuk mengaburkan pihak berkuasa.

“Bekalan arak itu disyaki diseludup melalui pelabuhan dan laluan tikus,” katanya.

Zam Halim berkata, dua suspek warga asing ditahan reman 14 hari, manakala seorang lelaki warga tempatan direman empat hari bermula semalam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh menghubungi hotline Polis Cheras ditalian 03-92845050/5051, hotline Polis Kuala Lumpur ditalian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya