UiTM potensi hilang RM51.08 juta

LKAN: UiTM potensi hilang RM51.08 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpotensi kehilangan hasil berjumlah RM51.08 juta selepas lewat dalam melaksanakan proses tuntutan ganti rugi terhadap 239 pemegang biasiswa penghutang pecah kontrak.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021, kelemahan dalam pelaksanaan tindakan tuntutan ganti rugi terhadap pemegang biasiswa yang pecah kontrak itu juga melibatkan kehilangan hasil berjumlah RM7.49 juta.

“Sampel yang dipilih adalah seramai 381 Pemegang Biasiswa yang pecah kontrak atau 25.5% daripada 1,496 penghutang pecah kontrak sehingga bulan Disember 2021.

“Semakan Audit mendapati seramai 86 daripada 381 penghutang pecah kontrak dengan nilai hutang keseluruhan berjumlah RM6.23 juta telah dihapus kira pada tahun 2019 oleh Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan (JKP) UiTM.

“Hapus kira terhadap penghutang pecah kontrak berjumlah RM6.23 juta disebabkan had masa melebihi enam tahun daripada tarikh pecah kontrak yang menghalang UiTM melaksanakan proses pemfailan saman di mahkamah dan kehakiman, penghutang telah difailkan kebankrapan dan ketiadaan fail penghutang yang pecah kontrak di Pejabat Penasihat Undang-Undang (PUU) UiTM,” menurut LKAN 2021.

Sementara itu, LKAN 2021 memaklumkan, semakan audit mendapati 259 Pemegang Biasiswa telah pecah kontrak kerana gagal menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam perjanjian dengan nilai keseluruhan ganti rugi berjumlah RM52.34 juta.

“Sehingga 31 Disember 2021, seramai 201 daripada 259 Pemegang Biasiswa tersebut, yang pecah kontrak sejak tahun 1999 masih belum dibawa kepada kelulusan Jawatankuasa Induk Peningkatan Kerjaya Sumber Manusia UiTM (JKI-PKSM) untuk melaksanakan tindakan tuntutan ganti rugi berjumlah RM42.63 juta melibatkan kelewatan antara 1 hingga 22 tahun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN