SHAH ALAM: “Lebih baik menyesal di sini, di depan saya berbanding di akhirat nanti.” Demikian kata Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Awang Kerisnada Awang Mahmud ketika membacakan penghakimannya terhadap Wan Ahmad Hasbullah Wan Mahmud Shudi yang dituduh menipu dalam tuntutan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) pada 2020. Hakim mengenakan hukuman denda RM10,000 atau penjara empat bulan jika tertuduh gagal membuat bayaran selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mendorong Perkeso membayar RM2,400 sebagai tuntutan bagi pekerja yang tidak lagi berkhidmat. “Kamu sepatutnya jangan mengambil kesempatan dalam mana-mana keadaan sekali pun. Covid-19…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya