Tiga termasuk dua anggota penguat kuasa minta Rasuah RM1,500

Tiga termasuk dua anggota penguat kuasa minta Rasuah RM1,500 ditahan SPRM

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk dua anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kerana disyaki meminta rasuah berjumlah kira-kira RM1,500 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pemandu kenderaan yang menggunakan dan memiliki lesen perdagangan kenderaan motor (trade plate).

Penahanan kesemua suspek berusia antara 36 hingga 37 tahun dipercayai dilakukan di pejabat SPRM Kuala Lumpur antara kira-kira pukul 5 petang hingga 7 malam, semalam.

Sumber berkata, dua anggota penguat kuasa tersebut yang menaiki motosikal dipercayai menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu menggunakan nombor trade plate syarikat kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

“Anggota penguat kuasa tersebut kemudian memberitahu kepada pemandu kenderaan itu bahawa nombor ‘trade plate’ yang digunakan adalah palsu.

“Salah seorang anggota penguat kuasa tersebut telah meminta wang kira-kira RM1,500 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu kenderaan terbabit,” katanya di sini 

Susulan penahanan tersebut, ketiga-tiga suspek termasuk seorang lelaki yang bertindak sebagai ‘runner’ dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi bagi tujuan permohonan reman. 

Majistret Puan Illi Marisqa Binti Khalizan membenarkan permohonan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 17 Oktober 2023. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN