PETALING JAYA: Siling di bahagian pintu masuk pusat beli-belah di sini runtuh akibat hujan lebat hari ini.
Melalui video yang tular di media sosial itu menunjukkan terdapat pengunjung di pusat beli-belah tersebut ketika kejadian.
Beberapa orang pengawal keselamatan dilihat turut meminta pengunjung untuk keluar daripada bangunan tersebut.
Sementara itu, Megah Rise Mall dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian terbabit dipercayai berlaku pada pukul 3 petang ini.
Katanya, tiga mangsa cedera ringan dalam insiden yang berlaku berhampiran pintu masuk pusat beli-belah tersebut.
“Kami sedang menyiasat punca kejadian dan sedang mengambil tindakan segera untuk mengurus dan menangani situasi tersebut,” katanya. – UTUSAN










