Terap nilai empati pelajar Minggu Solidariti Palestin

Terap nilai empati pelajar Minggu Solidariti Palestin

PARA guru dan pelajar bersolidariti pada Minggu Solidariti Palestin di SMK Putrajaya Presint 5 (1). -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sambutan Minggu Solidariti Palestin berlangsung dalam suasana harmoni dan berhemah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5(1), di sini.

Seramai 1,311 pelajar berhimpun bersama pada perhimpunan pagi dengan mengikuti pelbagai aktiviti disediakan bersama warga sekolah dan guru-guru.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Putrajaya Presint 5 (1), Adura Mohamed, pihak sekolah mahu menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak dan menghargai nikmat keamanan dan kedamaian di negara ini.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu cakna dan empati dengan apa yang dialami oleh rakyat Palestin dan seharusnya kita bersyukur dengan situasi aman dan damai di negara kita,” katanya hari ini.

Pelbagai aktiviti disediakan sepanjang minggu ini bertemakan ‘Save Palestin, Save Al-Aqsa’ antaranya persembahan nasyid, tayangan video dan penayangan rakaman video ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika program Himpunan Malaysia Bersama Palestin, minggu lalu.

Selain itu murid-murid bersama para guru mengadakan solat hajat dan pertandingan melukis serta mewarna poster Solidariti Palestin.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan penganjuran Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya bermula semalam hingga 3 November depan sebagai platform mendidik murid tentang nilai-nilai murni, toleransi, kasih sayang dan saling menghormati.

Ia bertujuan mendidik murid nilai-nilai manusiawi yang turut merangkumi hak asasi kemanusiaan, keamanan dan kedamaian sejagat dengan mengikuti panduan penganjuran yang ditetapkan KPM.- UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.