PETALING JAYA: Teater Balada Angsa Hitam karya Sasterawan Negara Noordin Hassan akan dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa Pustaka (DBP) selama empat hari pada 1 hingga 4 November ini.
Teater ini dipentaskan bersempena dengan 30 tahun Noordin Hassan bergelar Sasterawan Negara.
Antara karya Noordin Hassan yang ternama ialah Bukan Lalang Ditiup Angin, Peran, 1400, Jangan Bunuh Rama-rama, Cindai, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Demi Zaiton dan Sarah.
Pementasan Teater Balada Angsa Hitam ini diarah oleh seorang peminat dan pengkritik teater tanah air tersohor kelahiran DBP yang dikenali Abd. Wahab Hamzah.
Abd. Wahab Hamzah pernah memenangi Hadiah Trofi Samad Idris untuk Kritikan Filem Terbaik (2003 dan 2006) dan beliau juga pernah menerima Anugerah Tinta Kencana oleh DBP dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007 bagi kategori esei dan kritikan sastera.
Abd. Wahab Hamzah sangat mendalami dalam bidang tersebut mendorong beliau banyak membaca dan menyelidik serta menganalisis setiap perkembangan dunia perfileman dan teater tanah air mahupun di peringkat antarabangsa
Terdahulu, teater mengisahkan ketabahan dan kekuatan tiga wanita yang berjuang dalam menghadapi kekejaman perang dan tekanan daripada kuasa-kuasa yang mencengkam.
Antara barisan pelakon yang membarisi teater tersebut ialah Lisa Audrey, Zafran Hisham,Tanya Mikes, Rasdi Daud, Roydy Rokidy, Haf Dzi Sofi, Sabrina Abdulloeva, Khai Sabri, Fairul Pujangga, Ard Omar, Jesh dan Anna Natasha. –UTUSAN










