Tangguh RUU rokok, NGO serah petisyen

Tangguh RUU rokok, NGO serah petisyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan petisyen mewakili suara 9.2 juta rakyat yang menyokong sepenuhnya pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dengan peruntukan Generational Endgame kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

NGO terlibat ialah Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health); Malaysian Green Lung Association; Medical Mythbusters Malaysia; Majlis Kawalan Tembakau Malaysia dan Akademi Profesor Malaysia.

Dalam satu kenyataan, kelima-lima NGO itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi menerima petisyen sokongan tersebut. 

“Melalui petisyen ini, kami menggesa agar RUU ini dibentangkan dan disokong oleh semua Ahli Parlimen dan seterusnya diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara demi rakyat.

“(Ia) memandangkan masalah merokok sudah tidak dapat dibendung secara berkesan lagi di bawah Akta Makanan dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang sedia ada.

“Mengikut petisyen yang telah dilancarkan, seramai 9.2 juta rakyat menyokong penuh usaha membentangkan RUU ini dengan peruntukan GEG mesti dilaksanakan. 

“Jika RUU ini berjaya diluluskan kali ini, ini membuktikan Kerajaan Madani dan seluruh ahli parlimen mempunyai nilai kebertanggungjawaban yang tinggi dan tidak mudah tergugat dengan pengaruh pihak tertentu dalam menangani isu kritikal kelompangan undang-undang yang wujud dalam kawalan produk merokok terutama rokok elektronik atau vape,” katanya.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali kedua ditangguh hari selepas perlu dibawa dan diluluskan oleh Kabinet sebelum dibentangkan.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menggesa agar proses pembentangan Akta itu dapat dipercepatkan dan semua Ahli Parlimen yang akan mengundi ketika proses pembentangan akta ini dapat menyokong pihak kerajaan demi kepentingan generasi akan datang.

“Oleh yang demikian, kami yang mewakili NGO bersama-sama kumpulan profesional yang lain sekali lagi menyatakan pendirian kami untuk menyokong usaha ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya