Tambah baik fasiliti, kemudahan awam sempena Tahun Melawat

Tambah baik fasiliti, kemudahan awam sempena Tahun Melawat Perlis -Raja Muda

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyaksikan salah seorang chef menyediakan makanan pada majlis pelancaran Promosi Masakan Perlis di Restoran Dakshin di Bandar Phnom Penh, Kemboja, Ahad lepas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan seluruh penggiat industri pelancongan disaran bersama-sama menambah baik segala fasiliti dan kemudahan awam yang disediakan di Perlis

Dalam satu kenyataan, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, perkara itu supaya dapat memberi lebih keselesaan dari aspek keselamatan, kebersihan, keceriaan dan susun atur kepada para pengunjung sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 nanti. 

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat melancarkan Promosi Masakan Perlis di Restoran Dakshin di Bandar Phnom Penh, Kemboja, Ahad lepas. 

Menurut kenyataan itu, keberangkatan tiba Baginda ke program yang dianjurkan oleh restoran yang menyajikan makanan India itu adalah dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), dan Pertubuhan Glokal Ihsan. 

Hadir sama mengiringi Raja Muda Perlis ialah Duta Besar Malaysia ke Cambodia, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim; dan isteri, Datin Masdiana Mohamad. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN