SST 8 peratus: Awak kan hebat - Idris - Utusan Malaysia

SST 8 peratus: Awak kan hebat – Idris

SST
IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan sepatutnya mencari sumber lain untuk meningkatkan pendapatan negara berbanding menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sehingga lapan peratus yang didakwa bakal menyebabkan harga barang melambung.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, kerajaan perlu menunjukkan kehebatan berdasarkan formula-formula yang pernah dicadangkan dahulu untuk meningkatkan perolehan negara.

“Awak kan hebat boleh cari (sumber lain), formula banyak hebat. Tetapi baru-baru ini itu yang diumumnya, bermakna tak hebat manalah.

“Patutnya dalam keadaan rakyat hari ini, kamu carilah sumber-sumber lain, dahulu GST (cukai barangan dan perkhidmatan) sampai enam peratus memberikan kesan kepada semua orang.

“Lapan peratus tentulah, akan naikkan harga barang, yang enam peratus pun sudah terasa, bukan waktu yang sesuai,” kata Ahli Parlimen Bagan Serai itu  kepada pemberita, hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu, kerajaan bercadang menaikkan kadar SST daripada enam kepada lapan peratus menerusi Perluasan Asas Fiskal di bawah Komitmen Reformasi Fiskal.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kenaikan itu tidak membebankan rakyat kerana tidak barangan dan perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Sebaliknya, skol perkhidmatan bercukai diluaskan meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya