PETALING JAYA: Perdana Menteri menegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti bebas daripada mana-mana pengaruh eksekutif.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, SPRM mesti tegak dengan prinsip yang bukan hanya menolak, tetapi, mesti memperteguh usaha mencegah gejala rasuah.
“Negara atau tatanan yang dicita tidak akan terbangun tanpa usaha menolak dan membenam keras budaya rasuah di semua peringkat masyarakat.
“Saya yakin akan kemampuan SPRM memaknai cita-cita luhur ini demi rakyat dan negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu mengucapkan tahniah kepada SPRM sempena ulang tahun badan tersebut.
“Sekalung tahniah buat SPRM bersempena ulangtahun yang ke-56.” katanya. -UTUSAN