MELAKA: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Batu Berendam di sini, yang mengalami kerosakan hampir keseluruhan di tujuh blok akibat dibadai angin kuat pada Sabtu lalu, memerlukan kos sebanyak RM3 juta untuk baik pulih. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, Kementerian Pendidikan telah menyalurkan bantuan segera berjumlah RM100,000 untuk pelaksanaan kerja-kerja pembersihan. Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) menjangkakan proses baik pulih bakal memakan masa enam bulan untuk…










