Seorang maut kenderaan pacuan empat roda rempuh pokok

Seorang maut kenderaan pacuan empat roda rempuh pokok

KENDERAAN pacuan empat roda yang dipandu mangsa terbalik selepas merempuh pokok dalam kejadian di Jalan Gaya, Lawas pada tengah hari tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAWAS: Sebuah kenderaan jenis 4×4 yang merempuh pokok lalu terbabas di Jalan Gaya di sini mengakibatkan seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya , tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang jarak satu kilometer dari balai sejurus menerima panggilan pada jam 12.20 tengah hari tadi.

“Dalam kejadian kemalangan jalan raya terbabit, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke bandar Lawas.

“Anggota dilokasi turut mendapati berdasarkan maklumat saksi kejadian, kenderaan dipandu mangsa melanggar pokok di tepi jalan dan menyebabkan kenderaan tersebut terbabas di tepi jalan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, akibat daripada kejadian tersebut mangsa dikatakan tercampak keluar dari kenderaan dan terbaring berhampiran dengan kenderaan tersebut.

“Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) segera melakukan rawatan awal kepada mangsa serta bantuan pernafasan sebelum menghantar mangsa menggunakan Jentera EMRS ke Unit Kecemasan dan Trauma di Hospital Lawas.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik mendapatkan rawatan di hospital. Mangsa yang maut dikenali sebagai James John Albert, 38 tahun,” katanya lagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN