Seorang maut, 12 cedera nahas dua kenderaan - Utusan Malaysia

Seorang maut, 12 cedera nahas dua kenderaan

KEADAAN kenderaan yang terbabit nahas mengorbankan seorang lelaki di Jalan Gerik-Baling di Gerik hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki maut manakala 12 mangsa lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Gerik-Baling di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Hasan Hamid, 60, yang memandu kereta jenis Perodua Kenari.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kemalangan membabitkan van jenis Toyota Hiace dan Perodua Kenari itu diterima pada pukul 2.32 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati pemandu kereta Perodua Kenari tersepit dalam kenderaan dan usaha mengeluarkan mangsa segera dijalankan.

“Mangsa yang parah bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati pemandu dan penumpang van seramai 12 orang termasuk seorang kanak-kanak cedera.

“Kesemua mereka diserahkan kepada ambulans untuk rawatan lanjut di hospital. Operasi tamat pada pukul 5.51 pagi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya