Selebriti tidak kongsi isu Palestin? Berbaik sangka sahajalah - Noorkhiriah - Utusan Malaysia

Selebriti tidak kongsi isu Palestin? Berbaik sangka sahajalah – Noorkhiriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Noorkhiriah, menasihati masyarakat untuk berbaik sangka dengan selebriti yang tidak memuat naik apa-apa maklumat tentang Palestin di media sosial.

Walaupun Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, rajin berkongsi isu Palestin di Instagram, pelakon itu berpendapat setiap selebriti mempunyai cara tersendiri untuk bersolidariti tentang isu kemanusiaan.

“Kita tidak boleh bersangka buruk. Mungkin mereka mendoakan dalam diam atau ketika sujud (solat).

“Ada sesetengah individu tidak suka war-war kan, jadi kita sebenarnya kena bersangka baik sahaja.

“Cuma satu sahaja yang boleh saya pesan. Kita jangan terlalu banyak cakap (menghakimi), takut tersalah,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sidang media program terbaru Gelak 90 saat, di Bukit Jalil, hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan warganet yang mengatakan selebriti enggan menyatakan sokongan terhadap Palestin kerana takut kehilangan tajaan barangan berjenama, Noorkhiriah tersenyum.

“Saya nak cakap lebih-lebih pun tidak berani. Tapu kalau kita yakin rezeki itu Allah yang beri, kongsi sahajalah,” katanya.

Terkini, warganet mula mempertikaikan para selebriti dan pempengaruh yang tidak menggunakan platform media sosial mereka untuk memberi kesedaran tentang isu pembersihan etnik di Palestin.

Dalam perkembangan lain, Noorkhiriah dan teman baiknya Ieda Moin, bakal muncul dalam rancangan komedi Gelak 90 Saat yang bakal menemui penonton di Astor Warna bermula hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN