Saya masih kuat – Nurul Ain

Saya masih kuat – Nurul Ain

Beginilah keadaan Kem Pelarian Nuseirat selepas serangan udara tentera Israel di tengah Semenanjung Gaza, Palestin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nurul Ain Haron, 37, rakyat Malaysia yang terperangkap dalam konflik di Gaza berkata, beliau masih kuat walaupun setiap hari mendengar bedilan bom yang dilancarkan oleh rejim Zionis Israel ke kawasan tersebut.

Menurutnya, dia dan keluarga suaminya yang berada di Khan Younis giat membantu rakyat Palestin yang kini sengsara akibat serangan tentera Israel sejak 7 Oktober lalu.

“Setiap hari dengar (bunyi) bom. Kadang-kadang dekat, kadang-kadang jauh. Hari-hari bunyi dron, jet pejuang berlegar-legar yang menyakitkan telinga tetapi menggerunkan.

“Nak tidur pun tak lena, sentiasa dalam keadaan takut sampai demamlah. Terbaharu, sejak beberapa hari lepas, ada kede­ngaran bunyi serangan menggunakan kereta kebal,” katanya menerusi perkongsian di Facebook yang dikongsikan kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya yang me­ngakui amat letih ketika ini, dia dan suami sepatutnya sudah pun pulang ke rumah mereka di Emiriah Arab Bersatu (UAE)

“Tetapi sudah hari ke-24 serangan rejim zionis, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.

Nurul Air berkahwin dengan rakyat Palestin, Mohamed Adan Shaat, 33, menetap di UAE dan sepatutnya dijadual terbang ke negara tersebut melalui Mesir pada 26 Oktober lalu.

Jelas beliau, suasana di Semenanjung Gaza ketika ini ber­ubah 360 darjah berbanding yang dilihat sebaik sahaja menjejakkan kaki ke negara tersebut pada 1 Oktober lalu.

“Setiap hari lihat atau dengar orang bergaduh sebab tiada air, orang berebut beli roti, orang bergaduh tunggu giliran ambil duit di mesin ATM. Kanak-kanak sudah mula rindu hendak ke sekolah untuk berjumpa kawan-kawan. Ibu bapa di sini mula tertekan dengan keadaan ini,” katanya.

Justeru, Nurul Ain memohon supaya rakyat Malaysia terus mendoakan supaya beliau dan seluruh rakyat Palestin kuat untuk menghadapi dugaan daripada Allah SWT. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN