Penanaman padi guna teknologi baharu, Sarawak bakal jadi negeri

Sarawak bakal jadi negeri pengeluaran padi tiga kali setahun

ABANG Johari Tun Openg (tengah) menyampaikan sijil penghargaan di Majlis Penutupan Pesta Benak Sri Aman 2023, di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRI AMAN: Sarawak akan membuat kajian bagi melaksanakan projek penanaman padi yang berpotensi mengeluarkan hasil sebanyak tiga kali setahun.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kaedah penanaman padi itu nanti akan menggunakan teknologi baharu serta benih yang diimport dari Vietnam.

“Apabila pembangunan Sri Aman ini sudah lengkap, ia akan menjadi satu kawasan pertanian moden, justeru, kita mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk pengeluaran padi ini.

“Kaedah seperti ini sudah kita cuba di kawasan seluas 2.02 hektar di bahagian Gedong dengan menggunakan benih padi dari Vietnam dan ia sudah mengeluarkan hasil dalam masa tiga bulan,” dedahnya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutupan Pesta Benak Sri Aman 2023 semalam.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan usaha itu nanti akan meningkatkan pendapatan pesawah padi di Sri Aman, sekali gus memastikan keterjaminan bekalan beras di Sarawak mencukupi.

“Sekiranya usaha ini berjaya, maka, pendapatan petani akan bertambah tiga kali ganda.

“Selain itu, tidaklah ada isu beras tidak cukup seperti sekarang ini,” tegasnya.

Abang Johari turut menyeru agar dasar pengeluaran beras menggunakan teknologi baharu diperkenalkan sebagai langkah mengelakkan berlakunya masalah kekurangan beras dalam negara. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya