RM8.89 juta dadah dilupus Polis KL

RM8.89 juta dadah dilupus Polis KL

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Kuala Lumpur melupuskan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM8.89 juta yang dirampas sejak tahun 2001 hingga tahun 2021.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, dadah tersebut membabitkan 2,894 kertas siasatan yang disiasat dalam tempoh 21 tahun. 

Katanya, pelupusan barang kes pada kali ini melibatkan lapan jenis dadah iaitu methamphetamine sebanyak 36,117 gram (g), heroin (34,154g), ganja (72,248g), ketamin (1,481g) dan air ketum sebanyak 871 liter.

“Turut dilupuskan lain-lain bahan kimia digunakan untuk memproses dadah ialah pepejal 179,689g dan cecair 36.78 liter.

“Jumlah keseluruhan berat dadah yang dilupuskan adalah 325,323g dan 907.589 liter,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, dadah itu dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah terbabit tamat.

“Pelupusan dadah tersebut akan dijalankan Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn. Bhd., Ladang Tanah Merah A3 Division, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

“Jumlah harga pasaran bagi kesemua dadah berkenaan dianggarkan bernilai RM8.89 juta. kebolehgunaan meliluti 250,000 pengguna,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN