Plaza tol menerusi Gohtong Jaya bukan di bawah kuasa KKR, LLM - Utusan Malaysia

Plaza tol menerusi Gohtong Jaya bukan di bawah kuasa KKR, LLM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

LLM dalam kenyataan memberitahu, ini kerana ia bukan jalan yang diwartakan sebagai Jalan Persekutuan.

Menurutnya, jalan tersebut merupakan jalan persendirian dan tidak berkaitan dengan lebuh raya bertol Kuala Lumpu-Karak (KL-Karak).

Pembinaan plaza tol di Jalan Gohtong Jaya, Genting Highlands yang mencetuskan rasa kurang senang orang ramai tidak dimaklumkan kepada kerajaan.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, pihaknya sudah mendapat pengesahan bahawa usaha pembinaan plaza tol tersebut tidak dimaklumkan kepada LLM dan KKR.

“Sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian haruslah mendapat kebenaran merancang pihak berkuasa tempatan (PBT). Setakat ini, pihak Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dan kerajaan negeri tidak menerima apa-apa permohonan berkenaan pembinaan plaza tol berkenaan,” kata beliau dalam kenyataan.

Young Syefura berkata, beliau mengambil maklum mengenai isu tular mengenai pembinaan plaza tol di Jalan Gohtong Jaya yang menimbulkan keresahan orang ramai.

Bagaimanapun, kata beliau, Genting Highlands tanah persendirian dan sejak dahulu hingga kini jalan ke pusat peranginan tersebut diuruskan pihak Genting Highlands. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN